Selamat Menyambut Hari Deepavali 2024
Karnival Akademik IPGM KSAH 2024
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi
Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam 2022
Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)
Masa : 09.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat : Bilik Mikro IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta : 8 Orang
Fasilitator :
Pn. Norfashadirah Bt Desa (Ketua Unit Psikologi Kaunseling IPGKSAH)
Md Zahir Bin Abdul Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbiran IPGKSAH)

 

LAPORAN PROGRAM

Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan  meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya,  peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat.

Slot pertama dimulakan dengan Taklimat Program Pementoran dalam perkhidmatan awam oleh En. Md Zahir, diikuti dengan aktiviti ice breaking.

Slot kedua diteruskan dengan aktiviti Membina Kepercayaan yang dijalankan oleh Pn. Norfashadirah Desa. Aktiviti ini penting kerana para mentor dan menti akan bekerjasama untuk sepanjang tahun ini dan kepercayaan perlu dibentuk agar hubungan profesional dapat dijalankan dengan berkesan. Slot terakhir adalah mengenalpasti Kompetensi. Ia dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri menti agar memudahkan para mentor untuk membantu menti membuat penyesuaian kendiri.

 Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290