Pada 14 Februari 2024, Unit Psikologi dan Kaunseling IPGMKSAH bersama pasukan penyelidik daripada Majlis Kaunselor Pendidikan IPGK Zon Utara telah berkumpul untuk proses pemurnian penyediaan Modul Tatacara Pengendalian Piawai bagi Panduan Pengurusan Kes Kesihatan Mental Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024.
Majlis Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Utara mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu tatacara khusus bagi menjelaskan proses dan peranan kaunselor Pendidikan IPG KPM dalam pengurusan kes kesihatan mental. Buku panduan ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan khas yang boleh diguna pakai dan diselaraskan di peringkat IPG Kampus seluruh Malaysia.