Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk :PROGRAM PEMANTAPAN KUALITI PERIBADI : HARI TERBUKA UPsK & AKRAB IPGKSAH SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2022
Tarikh : 20 Okt 2022
Masa : 8.30 a.m - 10.30 a.m
Tempat : PULAKO IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling, AKRAB & Jawatankuasa Pemantapan Kualiti Peribadi
Hari Terbuka UPsK dan AKRAB merupakan program tahunan bagi Unit Psikologi dan Kaunseling. Ia diadakan sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan yang jatuh pada bulan Oktober setiap tahun. Tema pada tahun ini ialah Emosi Sejahtera Hidup Bahagia. Program ini dijalankan dengan kerjasama ahli AKRAB IPGKSAH. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program senamrobik, acara sukaneka staf dan pensyarah, acara sukaneka Pra Sekolah IPGKSAH, dan juga jamuan kenduri yang disumbangkan oleh semua warga IPGKSAH.
Program pada tahun ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aktiviti bersemuka pada waktu pagi, dan lawatan secara maya ke lama web e-Destress Centre UPsK IPGKSAH di alamat https://mylink.la/edcipgksah
Laman web ini dibangunkan oleh UPsK bertujuan mendekatkan warga IPGKSAH dengan perkhidmatan yang diberikan oleh UPsK. Pada kali ini, terdapat penambahan kandungan iaitu koleksi video 3 Minit Self Care yang dijayakan oleh ahli AKRAB. Program pada kali ini dilihat berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan diharapkan akan diteruskan pada masa akan datang.