Laporan PedaTEd 2025 Zon Utara

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru Zon Utara (PedaTEd 2025) anjuran IPGK Sultan Abdul Halim selaku penganjur utama dengan penganjur bersama IPG Zon Utara telah berjaya dilaksanakan pada 23–24 September 2025. 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah IPGKSAH dan pengarah-pengarah IPG Zon Utara yang lain serta Timbalan-Timbalan Pengarah atas sokongan padu kepada semua ahli Jawatankuasa serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini.

Kejayaan penganjuran ini didukung oleh seramai 139 orang jawatankuasa kerja daripada semua IPG Zon Utara yang menunjukkan dedikasi, kerjasama dan profesionalisme tinggi dalam memastikan kelancaran persidangan.

Persidangan ini telah menghimpunkan warga akademik, pelajar dan rakan pendidik, dengan jumlah keseluruhan 100 pembentangan:

Kertas Penyelidikan: 59 (Pensyarah 31, Pelajar 19, Terbuka 9)
Inovasi: 41 (Pensyarah 16, Pelajar 25)

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pembentang serta jawatankuasa atas komitmen dan sumbangan bermakna dalam menjayakan persidangan ini.

#ipgksahhebatberpasakadab
#profesionalproduktifberkualiti

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290