JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN PedaTEd ’25 (ZON UTARA)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Penyelidikan Guru Zon Utara 2025 (PedaTEd'25) akan dianjurkan secara dalam talian pada:
📅 Tarikh: 23 – 24 September 2025
🏫 Anjuran:
IPG Kampus Sultan Abdul Halim (Penganjur utama)
Dengan kerjasama penganjur bersama:
✅ IPGK Darulaman
✅ IPGK Tuanku Bainun
✅ IPGK Pulau Pinang
✅ IPGK Perlis
🎯 Tema:
Revolusi Digital Penyelidikan dan Inovasi Memacu Pembangunan Masyarakat Madani
💡 Bidang perbincangan meliputi:
* Kepimpinan dalam Pendidikan
* Penyelidikan Pengajaran dan Pembelajaran
* Penilaian Pendidikan
* Pendidikan Karakter
* Inovasi Pedagogi Pendidikan
* Pendidikan Digital
* Bimbingan Kaunseling dan Psikologi
🎙️ Ucaptama oleh:
* YBrs. Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang – Pengarah, IPGK Sultan Abdul Halim
* YBrs. ChM Dr. Nur Jahan binti Ahmad – Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia
🏆 PERTANDINGAN SEMPENA PedaTEd ’25:
🏷Pertandingan Inovasi Pendidikan
🏷Pertandingan Kertas Penyelidikan
📌 Terbuka kepada warga IPG, guru, pensyarah IPT, Matrikulasi dan pelajar dari Zon Utara yang berminat dalam bidang pendidikan. Sijil penyertaan akan disediakan.
📌 Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh diakses melalui pautan berikut:
🌐 https://sites.google.com/view/pedated2025/home?authuser=2
📎 Poster rasmi dilampirkan bersama untuk perhatian dan tindakan penyebaran.
Kami amat mengalu-alukan penyertaan para pensyarah IPG, Matrikulasi, IPT, pelajar institusi pendidikan guru, guru-guru sekolah, serta penyelidik pendidikan dari seluruh Zon Utara!
✨ Ayuh sertai kami dalam menjayakan PedaTEd’25 dan menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara yang berteraskan inovasi dan digital!