Bengkel Pemantapan Dinamik Profesionalisme Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) telah berlangsung dengan jayanya pada 17–19 Jun 2025 bertempat di Hotel Perdana, Taiping, Perak. Bengkel ini memberi ruang kepada semua ahli JPPI untuk memperkukuh kerjasama, menyusun strategi kerja, dan memperkasa semangat profesionalisme dalam suasana santai tetapi bermakna.
Aktiviti sepanjang bengkel menekankan elemen pembangunan kendiri, kerja berpasukan, dan inovasi jabatan. Komitmen dan semangat peserta amat membanggakan, selaras dengan moto: #ipgksahhebatberpasakadab dan #profesionalproduktifberkualiti.