
Bengkel AI dan Google telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet pada 2 Julai 2026 bermula jam 2.00 petang hingga 3.30 petang dengan penyertaan pelajar PPISMP. Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar tentang penggunaan AI dan aplikasi Google dalam pembelajaran digital, khususnya melalui integrasi Google Sites, Google Sheets dan Apps Script bagi membina Ruang Jejak Digital serta elemen AI Reflection. Sepanjang bengkel, pelajar dibimbing untuk memahami konsep AI sebagai rakan pembelajaran, membina ruang maklum balas interaktif dalam Google Sites, serta menggunakan AI/Gemini untuk merumus maklum balas rakan dan merancang penambahbaikan pembelajaran. Pelaksanaan program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar dan berjaya menggalakkan pembelajaran yang lebih aktif, kolaboratif, reflektif serta selari dengan keperluan kursus GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital.





