Jabatan Kecemerlangan Akademik merupakan jabatan yang ditubuhkan pada tahun 2019. Jabatan ini mempunyai lima unit iaitu Unit Pengurusan Akademik, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik (CQI), Unit Program Pengajian Akademik, Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik dan Unit Pembelajaran Digital. Setiap unit mempunyai penyelaras yang membantu Ketua Unit dengan spesifikasi tugas yang ditetapkan dan lebih berfokuskan akademik.
OBJEKTIF
1. | Memastikan proses penggubalan kurikulum di peringkat institut dibuat berdasarkan struktur kurikulum yang ditetapkan dan prosedur kerja terkini (selaras dengan keperluan MQA) serta standard MS ISO yang terkini. |
2. | Merancang dan melaksanakan semakan proses kerja penyampaian kurikulum, kokurikulum dan amalan profesional (PT-05) bagi persediaan audit dan pemantauan proses kurikulum. |
3. | Mengawal selia pelaksanaan dan pelaporan penambah baikan berterusan (Closing the Loop) bagi program / kursus yang ditawarkan |
4. | Menyedia dan menyelaras pelaksanaan jadual waktu akademik dan memantau semua aktiviti pengurusan akademik IPGK bagi meningkatkan kualiti pengurusan akademik. |
5. | Memantau perancangan PdP agar selaras dengan Maklumat Kursus (MK). |
6. | Merancang dan memaklumkan KJA/KU agar melaksanakan pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh yang telah ditetapkan. |
7. | Merancang penilaian keberkesanan reka bentuk, penyampaian dan hala tuju kursus yang ditawarkan setiap semester. |
8. | Memantau dan menyelia kemajuan prestasi pelajar. |
9. | Membuat perancangan tahunan dengan kerjasama semua Penyelaras Program. |
10. | Menguruskan kerjasama semua JK secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme akademik pensyarah dan pelajar. |
11. | Melaksanakan aktiviti akademik yang menyokong pengembangan profesionalisme pensyarah dan pelajar seperti KBAT, PLC, NPDL dan sebagainya. |
12. | Menjalankan kajian/inovasi untuk meningkatkan kualiti akademik. |