Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan dan PB 2024 merupakan satu program yang sangat penting untuk dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) khususnya pelajar PISMP Ambilan Jun 2022/2027. Hal ini demikian kerana ia dilihat dapat memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar mengenai teknik menjawab peperiksaan dan pentaksiran berterusan dengan betul dan tepat mengikut rubrik yang disediakan. Seramai 220 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2022/2027 telah hadir dalam bengkel tersebut. Penceramah terdiri daripada Dr Mahaya Binti Salleh sebagai Ketua Pemeriksa Dalaman dan Dr Suzana Binti Abd Mutalib sebagai Ketua Penyelaras Kursus.
- Details
- Written by: jka
- Hits: 211