BENGKEL PERANCANGAN KURIKULUM SEMESTER III, SESI AKADEMIK 2024/2025
Tarikh: 4 – 5 Mei 2025
Tempat: Dewan Bukhari, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)
Bengkel Perancangan Kurikulum Semester III bagi Sesi Akademik 2024/2025 telah dianjurkan bagi memastikan perancangan akademik dan struktur penawaran kursus dilaksanakan secara terancang, tersusun, dan selaras dengan hala tuju institusi. Bengkel ini juga menjadi platform penting untuk menyelaraskan penawaran kursus antara jabatan dan memastikan kesediaan pensyarah dalam melaksanakan pengajaran yang berfokuskan hasil pembelajaran.
Bengkel ini telah mencapai matlamatnya dalam memperkukuh perancangan akademik dan menyokong transformasi pendidikan guru secara holistik. Semangat kerjasama antara jabatan membuktikan komitmen IPGKSAH dalam mengekalkan kecemerlangan pendidikan guru negara.