Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim
Platform: Google Meet & YouTube
Tarikh: 16 & 17 Februari 2025
Sasaran: Pelajar PISMP Ambilan September 2021/2026
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran penyelidikan dalam kalangan pelajar PISMP dengan menumpukan kepada aspek penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan, pemformatan tesis menggunakan Microsoft Word, dan pengurusan rujukan melalui Mendeley.
1. Bengkel Penyelidikan Pelajar (AI Research Tools)
- Tarikh: 16 Februari 2025
- Masa: 2.30 petang
- Penceramah: Dr. Nurain Binti Redzali
- Fokus: Memperkenalkan alat kecerdasan buatan (AI) yang dapat membantu pelajar dalam penyelidikan akademik, termasuk analisis data, penulisan akademik, dan pengurusan sumber maklumat.
- Pautan Live: Tonton di sini
2. Bengkel Formatting Thesis with MS Word
- Tarikh: 17 Februari 2025
- Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
- Penceramah: Dr. Marlia Binti Jamail
- Fokus: Panduan lengkap pemformatan tesis menggunakan Microsoft Word termasuk penetapan margin, penomboran, jadual kandungan, dan sitasi secara automatik.
- Pautan Live: Tonton di sini
3. Bengkel Pengurusan Rujukan (Mendeley)
- Tarikh: 17 Februari 2025
- Masa: 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
- Penceramah: Dr. Hashiroh Binti Hussain
- Fokus: Pengenalan kepada perisian pengurusan rujukan Mendeley untuk membantu pelajar mengurus sumber rujukan dengan lebih sistematik dan profesional dalam penulisan akademik.
Bengkel ini sangat bermanfaat untuk membantu pelajar meningkatkan kualiti penyelidikan dan penulisan akademik mereka. Penyertaan aktif pelajar amat digalakkan bagi memanfaatkan peluang ini dalam menyempurnakan tesis serta penyelidikan mereka dengan lebih efektif.