Program Gotong-royong Madani 2025
Iklan Kekosongan Jawatan IPGMKSAH
Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Bengkel Penyelidikan Pelajar Siri 2 telah berjaya diadakan pada 27 Februari 2025 di Dewan Munsyi, IPGMKSAH. Anjuran Jabatan Kajian Akademik (JKA) ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar PISMP 2021/2026 tentang konsep dan pelaksanaan kajian tindakan dalam pendidikan.

Sepanjang bengkel, pelajar didedahkan kepada asas penyelidikan pendidikan melalui sesi ceramah dan latihan berkumpulan yang interaktif. Aktiviti seperti mengenal pasti isu pendidikan, menyusun langkah penyelidikan tindakan, dan pembentangan hasil perbincangan telah membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang ini.

Sambutan yang menggalakkan dan penglibatan aktif peserta mencerminkan keberkesanan bengkel ini dalam membangunkan kemahiran penyelidikan dalam kalangan bakal pendidik. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan untuk melahirkan guru yang kompeten dan berupaya mengaplikasikan penyelidikan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290