Satu Bengkel Penghasilan Pendigitalan Sumber Bahan PdP IPGKSAH telah diadakan di Hotel Perdana Taiping pada 15 hingga 17 Oktober 2023. Bengkel ini anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) yang memfokuskan kepada pemantapan kemahiran digital dan kefahaman terhadap Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) serta memperkasakan domain @moe-dl.edu.my atau Delima. Bengkel ini disasarkan kepada wakil pensyarah Jabatan Akademik dan Unit untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH). Seramai 25 peserta termasuk fasillitator yang terlibat yang diketuai oleh Dr Hajah Hashiroh Hussain (KUPD) dibantu oleh Ustazah Nor Arbainah binti Shafie (Penyelaras KPPB) , En. Mohd Alpian bin Ali (Penyelaras DLO) , Dr Jamilah Harun (KJ JKA) dan Ustazah Hjh Afifah binti Abu Bakar (KUPPA). Bengkel ini telah dapat menghasilkan lebih 20 Objek Pembelajaran Digital bagi setiap jabatan yang diwakili oleh pensyarah jabatan masing-masing.