Bengkel Perancangan Kurikulum Sesi Jan- Mei 2024
Bengkel Perancangan Kurikulum telah melabuhkan tirainya pada 18 Disember 2023 setelah diadakan sebanyak TIGA siri iaitu pada 3 Disember 2023, 4 hingga 14 Disember 2023 dan 17 hingga 18 Disember 2023. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kecemerlangan Akademik bagi memberikan persediaan kepada semua pensyarah untuk menyempurnakan pelaksanaan kurikulum pada sesi Januari hingga Mei 2024. Sebelum itu, satu mesyuarat Pembangunan Akademik bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua Ketua Jabatan telah diadakan pada 26 November 2023 di Bilik Persidangan bagi mengedarkan senarai kursus yang ditawarkan ,kalendar akademik dan Maklumat Kurikulum(MK). Berikut adalah perincian aktiviti yang dijalankan semasa bengkel di Dewan Bukhari :
Siri 1: Taklimat Akademik kepada semua pensyarah
Senarai penawaran kursus dan pemetaan akademik
Siri 2: Proses Merungkai Kurikulum
Aplikasi Router untuk memudahkan proses merungkai
Profesional Learning Community (PLC) telah diadakan dalam kalangan pensyarah jabatan akademik
Siri 3: Proses Merangkai Kurikulum
Proses ini telah dapat dilaksanakanyang diketuai oleh Puan NorArbaniah Bt Shafie (Penyelaras KPPB)
mengikut program dengan dibantu oleh
-
- Dr Hjh Fazliza Che Amat dan Dr Hjh Hashiroh Hussain (PISMP Ambilan Jun 2021/2026)
- Dr Rohani Che Hasim dan Puan Hajah Nafishah Jusoh (PISMP Ambilan 2022/2027)
- Puan Hajah Afifah Abu Bakar dan Dr. Haslindawati Saari (PISMP Ambilan 2023/2028 )