Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Selamat Datang kepada En. Ibrahim
Selamat Bersara Datin Dr Wan Roslina
Tahniah Pn. Nur Eliyawaton
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Pengetahuan dan kefahaman yang baik terhadap Maklumat Kursus (MK) merupakan kompetensi yang seharusnya dimiliki oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia khususnya pensyarah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH). Oleh yang demikian, IPGKSAH perlulah mendedahkan para pensyarah terutamanya penggerak dan penyelaras kursus dengan program yang dapat memantapkan kompetensi mereka terhadap Maklumat Kursus (MK). Justeru itu, Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) melihat bahawa penganjuran Bengkel Pemantapan Kefahaman Maklumat Kursus 2024 kepada penggerak dan penyelaras kurikulum IPGKSAH adalah sangat penting demi memenuhi keperluan kompetensi mereka.

Bengkel  anjuran JKA melibatkan  33 orang peserta yang tertumpu kepada Ketua Jabatan/ Unit Akademik. Penceramah yang terlibat ialah Haji  Izuddin Bin Muhammed (KPP, Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM) dan TS Mimma Sayuti Binti Mat Khalid (Pensyarah Cemerlang, KUPD IPGM Kampus Bahasa Melayu)

 

 

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290