Bengkel Kemahiran Digital: AI dan Canva dalam Penghasilan Ebook

Bengkel Kemahiran Digital bertemakan "AI dan Canva dalam Penghasilan Ebook" telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani. Program ini disertai oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional. Bengkel bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan platform Canva untuk menghasilkan ebook yang kreatif, profesional, dan interaktif. Sesi pembelajaran meliputi penerangan asas tentang AI dalam reka bentuk, cara menggunakan Canva untuk susun atur ebook, serta panduan langkah demi langkah dalam mengintegrasikan kedua-dua alat tersebut untuk menghasilkan kandungan digital berkualiti tinggi.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290