MISI KESUKARELAWAN IPGKSAH PRIHATIN
17.7.2022 - Misi Kesukarelawanan IPGKSAH anjuran JHEP, KKA, KKS dan AKRAB JHEP atas inisiatif telah menyantuni penduduk yang telah terkesan dengan trajedi kepala air Gunung Inas Baling Kedah bertempat di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Baling Kedah.
Kesan fenomena ini telah mengakibatkan banyak kampung disekitarnya mengalami kerosakan teruk dan terjejas. Amat menyedihkan apabila terdapat rumah hanyut dibawa arus deras dan kehilangan nyawa keluarga tersayang.
Misi ini telah disertai oleh 29 orang yang diketuai oleh YBrs Dr Hj Ridzuan bin Ahmad selaku pensyarah IPGKSAH, para pensyarah, pegawai pengurusan, kumpulan pelaksana serta 17 orang pelajar IPGKSAH.
Aktiviti yang dijalankan oleh misi ini adalah seperti pembersihan di Yayasan Khairiah serta rumah dan peralatan-peralatan dapur mangsa banjir di Kg Iboi.
Misi ini juga turut dihadiri oleh TKPKPM, Timbalan Rektor Pusat HEP IPGM dan En. Zahiruddin bin Mohd Hanif, CEO Yayasan Guru Tun Hussein On.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr Hj Ridzuan bin Ahmad Pengarah IPGKSAH dan semua yang terlibat dalam misi kesukarelawanan ini. Semoga penglibatan dan usaha ini menjadikan warga IPGKSAH warga yang prihatin kepada masyarakat.