SUKARELAWAN KAMPUNG RUN ANJURAN JBS KEDAH

Tahniah kepada 20 orang sukarelawan IPGKSAH kerana telah bertugas dengan cemerlang sebagai penjaga check point di Kampung Run, Sidam Kiri pada 14 Feb 2026. Program ini telah disertai oleh hampir 500 orang peserta dan dirasmikan oleh YB Taufik Johari. Pelibatan guru pelatih ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menyumbang khidmat bakti sebagai sukarelawan dalam aktiviti bersama-sama komuniti.





