UKK- Sukarelawan Fun Run/ Fun Walk Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah
Tahniah kepada 43 orang KLM 21 IPGMKSAH kerana telah bertugas dengan cemerlang sebagai sukarelawan Fun Run/ Fun Walk Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan di Alor Setar pada 17 Mei 2025. Program ini dapat membentuk pelbagai sikap positif dalam kalangan sukarelawan dan memberi pengalaman kepada mereka tentang penganjuran program dengan pihak luar. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.