PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP DAN KMK 3 UNIT PKK
Tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Pengakap KLM 21 kerana berjaya menyelesaikan perkhemahan dan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Unit PKK selama 6 hari 5 malam dengan jayanya. Seramai 127 orang pengakap termasuk dari IPGK Pulau Pinang telah berjaya melengkapkan semua tugasan yang diberi dengan baik. Pensyarah Unit Kokurikulum terlibat ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dan Cik Noor Hayati Ariffin serta dibantu oleh beberapa orang jurulatih dan pembimbing dari KLM 21, KLM 05 dan PPM Kedah. Terima kasih dan tahniah diucapkan.