PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BSMM
Tahniah kepada Unit Kokurikulum dan Bulan Sabit Merah Malaysia kerana berjaya menyelesaikan perkhemahan selama 4 hari 3 malam dengan jayanya. Seramai 60 orang pelajar BSMM telah hadir dan melengkapkan semua tugasan yang diberi dengan baik. Pensyarah Unit Kokurikulum terlibat ialah En Ng Kheng Loon dan En Zulkifli Mohd Yusof serta dibantu oleh beberapa orang pensyarah dari jabatan lain. Terima kasih dan tahniah diucapkan.