KUALITI PERIBADI UNIT KOKURIKULUM - SENAMROBIK PERDANA
Unit Kokurikulum telah mengendalikan Senamrobik Perdana dengan kerjasama Kelab Senamrobik Kuala Muda pada 10 Julai 2025 sempena Kualiti Peribadi bagi Bulan Julai 2025. Senamrobik ini turut dimeriahkan dengan penyertaan warga IPGKSAH dan guru-guru serta pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah seperti SMK Ibrahim, SMK Lebai Man, SMK Dato Bijaya Setia, SK Sg Pasir Kechil, SK Bandar Puteri Jaya, Kolej Vokasional Sg Petani 2, SMK Sin Min dan SJKT Mahajothi. Tahniah kepada semua yang terlibat.