Bengkel Asas Footgolf Peringkat Daerah Kuala Muda
Tahniah kepada 6 orang wakil dari IPGKSAH yang telah menyertai Bengkel Asas Footgolf Peringkat Daerah Kuala Muda pada 3 Ogos 2025 di Sg Petani Golf Club. Bengkel anjuran Canaries Football Club ini sangat berfaedah kerana memberi peluang kepada para peserta mempelajari teknik bermain serta peraturan permainan footgolf. Diharapkan permainan ini dapat dikembangkan di IPGKSAH kelak. Pensyarah bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.