
Pada 23 April 2026, Perhimpunan Bulanan April telah diadakan di Auditorium Al-Farabi. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Jabatan Digital & Teknologi Maklumat (JDTM) dengan kerjasama Unit Praktikum.
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh semua pensyarah serta ahli kumpulan pelaksana. Antara atur cara utama majlis ialah ucapan amanat oleh Tuan Pengarah, Dr. Aris Fazil bin Hj. Ujang, diikuti taklimat ULPD yang disampaikan oleh Pn. Shazlin Elaiza binti Lazim, serta taklimat Evesticker IPGKSAH oleh Dr. Hj. Emram bin Yunus.







