
🏅 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MERAIH PINGAT EMAS PIP 2026!
Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan gabungan pengurusan dan pensyarah IPGKSAH:
🌟 Puan Siti Haslina Mohamad Shah
🌟 Dr. Emram Yunus
🌟 Dr. Mohd Azli Yeop
🌟 Dr. Nor Bibi Maslina Jusoh
atas kejayaan meraih Pingat Emas menerusi inovasi e-VESTICKER IPGKSAH dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran Peringkat Kebangsaan 2026 (PIP 2026), anjuran University Teaching and Learning Centre, Universiti Utara Malaysia.
Kejayaan ini mencerminkan sinergi antara kepimpinan pengurusan dengan kepakaran pensyarah dalam membangunkan inovasi digital yang menghubungkan kecekapan pengurusan keselamatan dengan pendidikan disiplin dan tanggungjawab siswa guru di luar bilik darjah.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga IPGKSAH untuk terus berkarya dan menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada pendidikan.
IPGKSAH — Profesional, Produktif, Berkualiti.
#eVESTICKER #PIP2026 #PingatEmas #IPGKSAH #ipgksahhebatberpasakadab



