Iklan Kekosongan Jawatan IPGMKSAH
Tahniah kepada YBhg. Dato Haji Mohd Zambri bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Rektor Kanan IPGM
Tahniah! Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 Peringkat Kebangsaan
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Tahniah dan syabas kepada pasukan IPGKSAH..
Sebanyak tiga kumpulan pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2022 Semester 1 dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah telah menyertai Pertandingan World Youth Stem Invention Innovation 2022 yang telah dianjurkan oleh Malaysia Young Scientists Organisation (MYSO) dengan Kerjasama Pusat Stem Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia secara atas talian baru-baru ini.
 
Pasukan IPG Kampus Sultan Abdul Halim  telah berjaya memenangi 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa bagi pelbagai kategori pertandingan yang telah disertai.
Kumpulan yang memenangi pingat emas telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menerima pingat mereka di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan World Youth Stem Invention Innovation 2022 yang telah diadakan di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Ceras. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh En Zainal bin Abas, Pengarah Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
   
   
 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290