Pencapaian Pensyarah Matematik dalam Peperiksaan Kangaroo Math Ambassador
Tahniah & Syabas!
Dua orang pensyarah Matematik IPGKSAH telah berjaya meraih pencapaian yang membanggakan dalam Peperiksaan Kangaroo Math Ambassador yang melibatkan penyertaan dari semua wakil pensyarah matematik Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia pada 11 April 2025.
Dr. Siti Seri Kartini Bt Mohd Yatim dan En. Wong Chun Xiang telah berjaya mendapat Gold Medal dan menempatkan diri dalam Top 10 peserta terbaik seluruh IPG.
Pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan kepakaran pensyarah IPGKSAH dalam bidang Matematik serta peranan aktif dalam memperkasakan pendidikan matematik di peringkat IPG.
#IPGKSAHHebat #KangarooMathAmbassador #MatematikUntukSemua