Pameran Inovasi & Aktiviti STEM Sempena Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Negeri Kedah
Pada 13 & 14 Julai 2025 seramai 14 orang pelajar PISMP Major Sains Ambilan 2021/2026 dan pelajar PISMP Elektif Sains Ambilan 2022/2027 telah melibatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Pengelola dalam Pameran Inovasi & Aktiviti STEM, Sempena Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Negeri Kedah yang bertempat di Hab-STEM, IPGKSAH. Pihak Jabatan STEM, IPGKSAH mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar, pensyarah STEM serta peserta-peserta dari sekolah pengajar yang terlibat dalam pameran inovasi dan aktiviti STEM tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dan dimanfaatkan.