Pada 22 April 2026, jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah menganjurkan Pameran STEM-HUB bertemakan "Fun in Learning Science" yang melibatkan seramai 14 orang peserta. Program ini dikendalikan secara bersemuka di bawah seliaan Penyelaras, Dr. Mohamad Nasir bin Othman dan Mr. Wong Chun Xiang.
Program ini bertujuan menjadi platform efektif dalam mentransformasikan teori sains yang kompleks kepada aktiviti praktikal yang interaktif. Melalui pendekatan hands-on, konsep-konsep fizikal seperti daya, ketumpatan, keapungan, dan proses pembakarandiolah dalam bentuk simulasi dan permainan kreatif. Inisiatif ini berjaya memudahkan pemahaman konsep serta meningkatkan motivasi dan literasi sains dalam kalangan peserta.
Pameran ini telah menyuburkan minat siswa-siswi pendidik sains untuk menyediakan aktiviti sains yang lebih menarik dan berkesan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pensyarah, peserta serta wakil murid yang hadir atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program.





