
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Faridah binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial, atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan profesionalisme beliau dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi untuk terus menyumbang dengan penuh integriti, komitmen dan kecemerlangan demi kemajuan organisasi serta profesion pendidikan.
Syabas dan tahniah dari semua warga JSS atas pencapaian yang membanggakan!



