Seminar Penyelidikan Pendidikan Seni Visual PISMP Ambilan September 2021/2026 telah berlangsung pada 24 November 2025 di Bilik Syarahan Ilmu, melibatkan 19 orang pelajar teras Pendidikan Seni Visual dari Jabatan Sains Sosial. 

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Aris Fadzil bin Haji Ujang, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sepanjang seminar, 19 pembentangan kajian telah dikemukakan dan 5 pelajar telah dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik, iaitu Aimi Sofeah binti Azman, Muhammad Haziq Haqimie bin Azhar, Haydar Maisarah binti Kamarulzaman, Noor Farisha Azira binti Mohd Faisal, dan Nur Batrisya Amalia binti Nazri. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyempurnakan pembentangan, semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan penyelidikan masa hadapan.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290