
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan Salam IPGKSAH HEBAT Berpasak ADAB.
Saya mewakili JSS ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Siti Haslina binti Mohamad Shah (KUKP), YBrs. Dr. Jamilah binti Harun (KJ JKA), YBrs. Dr. Hj Emran bin Yunus (KJ JDTM), Pn. Siti Yusriza binti Abdullah mewakili KJ JB, Pn. Ahlamulmuna binti Dato' Uzir (KU PPA), serta Pn. Shaidatul Rozlianna binti Lailatul Kadir (KU HLA mewakili KJ JPPI) atas kesudian hadir ke Majlis Perasmian Pameran NUANSA 2026: Merentas Batas, Mencipta Warna.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ketua Jabatan/Ketua Unit/ pensyarah yang turut sama mendoakan, memberikan ucapan tahniah serta sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai serta menjadi penyuntik semangat dalam menjayakan pameran ini.
Sekian. Terima kasih.
Ikhlas daripada,
Puan Faridah Abdul Rahman
Ketua Jabatan, JSS





