Majlis Anugerah Pengarah 2026 | Sidang 5

 

Sekalung tahniah dan syabas kepada para penerima Majlis Anugerah Pengarah 2026, Sidang 5 yang telah berlangsung pada 6 Oktober 2026 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH).

Majlis ini meraikan pencapaian dan kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik, kepimpinan serta pelbagai kategori anugerah khas. Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada usaha, komitmen dan kesungguhan para pelajar sepanjang mengikuti pengajian di IPGKSAH.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melangkah dengan cemerlang, berintegriti dan berjiwa pendidik. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan, pensyarah, urus setia serta semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Pengarah 2026. Semoga terus mencipta kecemerlangan dan memberi inspirasi kepada warga IPGKSAH.

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290