Seramai 22 orang pelajar PISMP Ambilan Ogos 2022 - Julai 2027, Kelas 21C-PS, Tahun 2 -Semester II bersama 2 orang pensyarah iaitu En Kirheba Murugan Krishnan sebagai fasilitator 1 dan Pn Faridah Bt Abdul Rahman sebagai fasilitator 2, menghadiri Bengkel Penghasilan Labu Sayong bersama KZ Kraf Kuala Kangsar selama 3 hari 2 malam iaitu pada 7-9 Februari 2025.
Aktiviti berbengkel ini termaktub dalam Maklumat Kursus PSVK3333 sebagai salah satu syarat wajib dalam kursus Mengenal Kraf Tradisional ini. Pelbagai aktiviti tambahan telah disertakan melalui aktiviti lawatan ini dimana pelajar perlu belajar mengenai pengurusan lawatan dan main peranan melalui tugas-tugas tertentu bagi menjayakan aktiviti dan bengkel 2 hari 3 malam ini turut mendapat kerjasama dari pihak SMK Clifford yang telah menyediakan penginapan dan memberikan kerjasama kepada pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi menjayakan aktiviti lawatan. Misi tercapai dengan jayanya apabila En Pareb sebagai fasilitator utama dan juga sebagai pengusaha KZ Kraf telah membantu pelajar-pelajar untuk mempelajari teknik-teknik menghasilkan labu sayong dengan menggunakan teknik lilitan dan picitan sehingga ke urusan pembakaran labu sayong disiapkan sepenuhnya. Aktiviti sebegini memberi peluang kepada pelajar seni untuk berinteraksi dengan penguasaha seni kraf tempatan dan mencintai kraf tempatan.