Kerjasama erat, semangat kebersamaan serta kejelekitan yang ditunjukkan oleh seluruh warga JSS amat membanggakan. Usaha murni ini bukan sahaja menyerlahkan kecantikan persekitaran, malah mencerminkan nilai prihatin, semangat kekitaan, dan budaya kerja berpasukan yang tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melahirkan warga JSS yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam sahsiah, kepimpinan dan semangat kebersamaan. Program ini dijayakan dengan kerjasama pihak MPSP dari segi sumbangan tenaga kerja dan peralatan perkebunan serta tiga buah kerusi batu yang diletakkan di laman JSS. Pelajar Ambilan 2021/2026, 2022/2027, 2023/2028. 2024/2029 terlibat dalam program laman JSS ini. 

Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pensyarah dan para pelajar JSS kerana berjaya melaksanakan aktiviti gotong-royong mengindahkan Laman Seni JSS.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290