Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Warga Jabatan Sains Sosial merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Maznah binti Salleh selaku Ketua Kumpulan we4u dengan produk We4u Eduvators yang telah memperoleh Anugerah Emas dalam International Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2025 (iComEx 2025) yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah pada 12-14 Ogos 2025.
Semoga anugerah yang diperolehi menjadi pemangkin semangat kita semua.
Sekian, terima kasih.
Pn Faridah Abdul Rahman
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial, IPGKSAH