Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi medium untuk mengasah minda, membentuk hujah, dan mengangkat martabat ilmu. Inilah yang bakal disaksikan dalam Pertandingan Debat Ala Parlimen Peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2025 (Separuh Akhir).

Ayuh!! bersama-sama menyaksikan pertarungan minda para pendebat terbaik IPGKSAH yang akan menggegarkan gelanggang hujah dengan fakta, retorik, dan kepetahan berbahasa. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kecekapan berfikir secara kritis dan kreatif, malah menjadi wadah membina keyakinan serta mencorakkan jati diri bakal guru sebagai pemimpin ilmu pada masa hadapan.

Tarikh: 25 September 2025 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Bukhari, Sanggar Bitara Bahasa

Pertandingan dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Hadirlah bersama kami untuk memberi sokongan, menyemarakkan suasana, dan menyaksikan sendiri kepetahan berhujah generasi pendidik masa depan yang tampil penuh karisma dan berwibawa.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290