PERTANDINGAN BICARA TOKOH PATRIOTIK 2025

Pertandingan Bicara Tokoh Patriotik anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Jabatan Sejarah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim akan diadakan hari ini sempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat IPGKSAH Tahun 2025. Maklumat lanjut seperti berikut :

 

Tarikh          : 4 September 2025

Masa            : 9.00 pagi

Tempat        : Dewan Bukhari

 

Program ini bakal menyaksikan persembahan berkumpulan yang menampilkan tokoh-tokoh patriotik melalui lakonan penuh emosi dan inspirasi. Setiap persembahan diadun dengan semangat kebangsaan bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air.

 

Mari bersama-sama menyaksikan kreativiti, penghayatan, dan karisma para peserta dalam menjulang nilai patriotisme bangsa!

 

#BicaraTokohPatriotik #IPGKSAH #DekadBahasaKebangsaan #BulanKebangsaan

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290