
New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025

Tahniah diucapkan kepada pasukan inovasi Kit Klinik Ayat daripada Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim atas kejayaan memperoleh Pingat Perak dalam New Generation World Innovation Challenge (NeWIC) 2025.
Kejayaan ini menyerlahkan komitmen dan daya inovatif pasukan dalam memperkukuh pembelajaran bahasa serta mengangkat martabat institusi di persada kebangsaan.





