MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DEKAD BAHASA 2025
Ayuh kita meriahkan Majlis Penutupan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2025 peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang akan berlangsung pada 2 Oktober 2025 (Khamis), jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Munsyi. Majlis ini merupakan anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.
Menariknya, pelbagai acara istimewa turut diadakan sepanjang hari bagi meraikan keindahan bahasa kebangsaan. Antara pertandingan yang akan berlangsung ialah Pertandingan Membaca Teks Jawi Moden di Sanggar Bitara Bahasa, Pertandingan Membaca Teks Jawi Klasik di Bilik Al-Biruni, Pertandingan Resensi Buku di Perpustakaan Sultanah Haminah, serta Pertandingan Debat Ala Parlimen (Peringkat Akhir) di Dewan Munsyi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat, kreativiti, dan semangat cinta bahasa dalam kalangan warga IPG. Sama-sama kita hayati slogan “Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu” dan buktikan bahawa bahasa Melayu tetap utuh sebagai wahana perpaduan bangsa.