
Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu (JPM) 2026 menjadi platform perkongsian ilmu dalam kalangan pensyarah. Sempena bengkel ini, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Othman, Ketua Jabatan JPM, turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands dan bertemu dengan Encik Amar bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Pertemuan ini turut membuka ruang perkongsian awal berkaitan pelaksanaan program kerjasama antara JPM IPGKSAH dan PPD Cameron Highlands.






