Bengkel Praktikum Fasa 1 (Bahasa Melayu) Ambilan Jun 2021/2026
Bengkel yang telah diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Melayu khususnya elemen-elemen yang berkaitan dengan penulisan rancangan pengajaran harian kepada para pensyarah penyelia bantu. Di samping itu, objektif bengkel ini juga adalah untuk mendedahkan format penulisan rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu kepada mereka bagi melancarkan proses penyeliaan Praktikum Fasa 1 Ambilan 2021/2026.