Tajuk |
: Bengkel Penjurian Sahibba Peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2025 |
Tarikh |
: 24 Ogos 2025 |
Masa |
: 8.00 pagi |
Tempat |
: Dewan Munsyi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim |
Anjuran |
: Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) |
Maklumat Program : |
Bengkel Penjurian Sahibba merupakan satu inisiatif anjuran Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang peraturan, teknik, dan kaedah pemarkahan dalam permainan bahasa Sahibba. Bengkel ini dirancang bagi melahirkan juri yang berpengetahuan, adil, dan sistematik dalam melaksanakan tugasan penjurian. Melalui bengkel ini, para peserta diberi taklimat, demonstrasi serta latihan amali menggunakan papan Sahibba. Peserta bukan sahaja mempelajari aspek teknikal seperti penentuan markah dan peraturan rasmi, tetapi juga diberi peluang menjalani simulasi sebenar bagi memahami cabaran ketika menggalas amanah sebagai juri. Selain meningkatkan kefahaman terhadap permainan Sahibba, bengkel ini juga menggalakkan penggunaan kosa kata bahasa Melayu yang betul serta menyemai rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan. Ringkasnya, bengkel ini menjadi persediaan penting untuk memastikan Pertandingan Sahibba Peringkat IPGKSAH dapat dilaksanakan secara profesional dan teratur. |
Objektif Program : |
i. Memberi pendedahan kepada peserta tentang peraturan, teknik, dan kaedah pemarkahan dalam permainan Sahibba agar penjurian dapat dijalankan secara sistematik dan profesional. ii. Melatih peserta melalui latihan praktikal dan simulasi, supaya mereka berupaya menjadi juri yang berpengetahuan, adil, dan konsisten dalam menilai pertandingan Sahibba. iii. Meningkatkan penguasaan kosa kata dan kecintaan terhadap Bahasa Melayu melalui aplikasi permainan bahasa yang menyeronokkan dan bermakna. |
Penyelaras Program |
: Tn. Hj. Abdul Malek bin Yaakub |
- Details
- Written by: jpm
- Hits: 65