Tarikh: 10 Februari 2025
Masa: 7.45am
Tempat: Bukit IPGM KSAH,
Pada 10 Februari 2025, satu sesi kecergasan 2.4KM Bukit Run telah diadakan dengan penyertaan pelatih guru PPISMP Major Pendidikan Jasmani. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan fizikal serta ketahanan mental para pelatih dalam menghadapi cabaran larian berbukit. Aktiviti ini dikendalikan oleh pensyarah JPJK En. D.Thanabal dan En.M.Mahadewan.
Sesi ini bermula dengan sesi pemanasan badan yang dikendalikan oleh jurulatih sebelum pelatih memulakan larian sejauh 2.4KM di laluan berbukit. Kesemua peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan daya tahan yang baik sepanjang larian ini.
Aktiviti ini bukan sahaja menguji stamina dan kekuatan fizikal pelatih tetapi juga menggalakkan gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, sesi ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan.