LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOWLING ZON UTARA
MAJLIS SUKAN IPGM 2025
Tarikh: 23 Jun 2025
Tempat: Penang Bowl
Anjuran: Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGMKSAH) telah menyertai Pertandingan Bowling Zon Utara sempena Majlis Sukan IPGM tahun 2025 yang berlangsung di Penang Bowl pada 23 Jun 2025. Pasukan IPGMKSAH telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan pencapaian berikut:
-
Johan Berpasukan (Lelaki & Perempuan)
-
Johan Individu (Lelaki)
-
Naib Johan Individu (Perempuan)
Senarai Pegawai Pasukan IPGMKSAH:
-
Pengurus Pasukan: En. Zulkifli bin Ahmad
-
Jurulatih: En. Md. Rodri bin Idris
-
Penolong Jurulatih: Dr. Norhashima binti Sulaiman
Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, dedikasi tinggi para atlet serta bimbingan cemerlang daripada jurulatih dan pengurus pasukan. Pihak pengurusan IPGMKSAH merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat.