KLINIK ASAS PENGENALAN WOODBALL
Alor Setar, 28 November 2024 – Jabatan PJK IPGMKSAH dengan kerjasama Persatuan Woodball Negeri Kedah Darulaman (PWKDA) telah menganjurkan Klinik Asas Pengenalan Woodball bertempat di Bangunan Gerko, IPGM KSAH.
Program ini telah berlangsung dari jam 2.00 hingga 6.00 petang dan bertemakan "Love & Play Woodball 4 Unity and Community". Klinik ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan woodball kepada para pelatih serta menggalakkan penyertaan dalam sukan yang semakin mendapat perhatian ini.
Penceramah jemputan bagi program ini ialah Tuan Haji Yakath Ali bin S.M. Habib Mohamed, yang merupakan Setiausaha PWKDA. Beliau telah berkongsi pengetahuan serta memberikan bimbingan asas kepada peserta mengenai teknik dan peraturan woodball.
Penyelaras program En.Thanabal Desen berpuas hati dengan penglibatan para pelatih yang seramai 25 guru pelatih dan beliau mengenalpasti beberapa guru pelatih yang mempunyai potensi dalam sukan ini. Pensyarah-pensyarah JPJK turut melibatkan diri dalam klinik ini. JPJK mengharapkan lebih ramai guru pelatih akan berminat untuk menyertai dan mengembangkan sukan ini di masa hadapan. Sekian Terima Kasih.