
Program Wadah Pengurusan merupakan satu platform perkongsian ilmu yang bertujuan meningkatkan kefahaman warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim berkaitan aspek pengurusan organisasi yang sistematik, profesional dan berkesan. Program ini memberi peluang kepada para warga IPGKSAH untuk memperoleh panduan, pengalaman serta amalan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan dengan lebih terancang dan berkualiti.
Program ini dilaksanakan pada 9 Julai 2026, hari Khamis, dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Auditorium Al-Farabi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK) dan Unit Kokurikulum (UKK) ini diharapkan dapat membudayakan nilai kerja yang profesional, produktif dan berkualiti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha melahirkan warga IPGKSAH yang hebat berpasak adab.





