TAHNIAH PASUKAN INOVASI JPAKK DI SAHTAC 2024
Sungai Petani, 24 Jun 2024 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang telah menyertai dan mendapat anugerah dalam Sultan Abdul Halim Teaching Aids Competition (SAHTAC 2024).
Produk Inovasi Math Monster penerima Pingat Emas yang dibimbing oleh Pn. Nursyazwani binti Abdul Latif dan pelajar Nur Haninia Afiqah binti Badrul Hisham, Nurfariza Hanim binti Mazli, Nur Syafiqah Izzati binti Zulkifli dan Nurul Ain binti Mohd Rizal. Manakala pasukan kedua produk Inovasi DuCiBa penerima Pingat Perak dibimbing oleh Pn Nursyazwani binti Abdul Latif terdiri daripada Nur Iman Insyirah binti Mohd Rahimi, Ummi Nabihah binti Muhamad Hairell, Siti Fatimah Zuhra binti Lukman dan Firdaus bin Abdul Aziz. Pasukan ketiga penerima anugerah Pingat Perak ialah produk e-Pirate Island yang dibimbing oleh Pn Zakirah Imana Ho binti Abdullah dan pelajar Teoh Yoong Yee, Iek Zen Feng, Oh Shan Ru dan Ong Yong Shi. Manakala pasukan Sukma penerima Pingat Gangsa dibimbing oleh Encik Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Sok, pelajar Nuraqilah binti Abd Samat, Nurul Azwani binti Jasri, Nurul Insyirah binti Mohamed Sohaimi dan Nurul Natasya binti Ahmad Izham.
Sekalung penghargaan atas kejayaan yang telah diraih. Semoga terus maju dan cemerlang dalam bidang inovasi serta mewakili JPAKK dalam pelbagai peringkat kelak.