
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala ilmu, bimbingan, tunjuk ajar serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada warga Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
🌹 Segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang bersama kami akan sentiasa dikenang dan dihargai.
🌹 Semoga langkah En. Mohd Aidil Firdaus untuk melanjutkan pengajian menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna serta membuka ruang untuk mencapai impian dan cita-cita yang dihasratkan.
🌹 Semoga dipermudahkan setiap urusan sepanjang menuntut ilmu, diberikan kekuatan dan ketekunan dalam menghadapi setiap cabaran, serta dikurniakan kejayaan yang membanggakan.
🌹 Selamat melanjutkan pengajian dan semoga terus melakar kecemerlangan. Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan membawa keberkatan pada masa hadapan.Â



