Pilihan Raya Kampus JPP IPGM KSAH 2025/2026
Audit Dalaman ISO 21001:2018 Tahun 2025
Jurnal Penyelidikan Khazanah Jilid 26, 2025
Salam Israk Mikraj 2025
Tahniah kepada JPIM atas Kejayaan dalam Inovasi Peringkat Antarabangsa
Selamat Datang kepada En. Ibrahim
Selamat Bersara Datin Dr Wan Roslina
Tahniah Pn. Nur Eliyawaton
Matlamat Transformasi IPG
Transformasi IPG 2016-2025: 8 Kluster Inisiatif
5 Teras Utama Transformasi IPG
Jalan Utama
Dewan Munsyi

Program Pedagogi Murid Orang Asli

TANAH RATA - Program Pedagogi Murid Orang Asli adalah program kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Jabatan Sejarah. Program ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Telanok, Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Seramai tujuh orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Jabatan Sejarah dan Jabatan Pengajian Melayu terlibat dalam program ini. Kekuatan program ini  dengan pelibatan 23 orang pelajar kumpulan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan kumpulan Sejarah yang telah bertungkus lumus merancang dan merealisasikan program ini dari awal hingga selesai.

      Antara aktiviti yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Telanok adalah pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama murid prasekolah dan tahun 1 hingga tahun 6. Khidmat Komuniti juga telah dilaksanakan dengan aktiviti mengecat dan Bengkel Pedagogi Bersama Guru SK Telanok telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat. Program ini telah memberi impak positif kepada pelajar IPGKSAH kerana dapat mengetahui keadaan pembelajaran murid orang asli secara dekat. Murid-murid orang asli ini terdiri daripada 323 orang penduduk setempat dari 12 kampung dan 60 orang murid orang asli tahap 2 Tahun 4, 5 dan 6 menetap di asrama sekolah ini. Semangat juang guru di sekolah ini memberi sumber inspirasi kepada pelajar untuk bersedia menghadapi dunia pendidikan yang bertaraf global.

       Semoga dengan aktiviti kolaborasi bersama Sekolah Kebangsaan Telanok, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands dan IPGKSAH ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan kerana murid orang asli ini memerlukan guru yang kreatif, inovatif dan cemerlang bagi melahirkan insan berguna dan hebat di masa akan datang.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290